Jurutera (Gred 41)
Tarikh Iklan : 18/11/2009
1.1 (a) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Tempoh Percubaan : 2 Tahun
1.2 Skim Gaji 6, Jadual Gaji : RM2,084.08 x 125.24 - RM4,839.36
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
1.3
a)Elaun Khas
b)Imbuhan Tetap Perumahan
c)Bantuan Sara Hidup
d)Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
1.4 Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam bidang penyiaran dan penerbitan radio; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
1.5 Bidang Tugas :
(i) Membantu Pengurus Kejuruteraan Radio dalam mentadbir dan menguruskan kerja-kerja teknikal di stesen radio IKIM.fm
(ii) Mengetuai pasukan teknikal membuat pemantauan, pemeriksaan dan baikpulih peralatan pemancar di stesen-stesen pemancar.
(iii) Menjaga dan memastikan studio IKIM.fm beroperasi dengan baik dan membuat "troubleshooting" sekiranya berlaku kerosakan.
(iv) Memastikan peralatan penerbitan, penyunting dan kont IKIM.fm dalam keadaan baik.
(v) Membantu kerja-kerja penerbitan rancangan radio.
(vi) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Radio dan Pengurus Unit Kejuruteraan.
Cara Permohonan
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.
Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 17/12/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
Catatan Am
Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment